anak melayu


masyaallah..!!! apa la nak jadi ngan ungka-ungka ni...tak cukup buat di tempat yang tertutup, tempat macam ni pulak dpilihnya untuk bermaksiat...si perempuannya bertudung litup bergaya alim hanya di depan mak bapak..yang si lelakinya pula dengan gaya merempitnya tetapi kali ni merempit seorang gadis yang menjadi mangsanya...cemolot plak di atas motor...bergaya abis la tu...doakanlah mereka sempat bertaubat sebelum dijemput menemui i'lahi..amin...

pantun 2 karat pak aji
luka di hati disimpan jangan
tengok gambar tu dah jadi kenangan

anak melayu kita


inilah contoh bangsa melayu yang semakin hanyut dalam arus nafsu serakah mereka sendiri...berpegang teguh pada seruan iblis laknatullah untuk menyesatkan anak-anak adam...inilah mereka-mereka yang merosakkan agama, bangsa dan negara kita secara halus... rosaknya anak muda maka rosaklah negara...apa kejadahnya spesies ni..jangan dibutakan oleh cinta hingga maruah diri tergadai...ish3x..bertaubatlah umat manusia...

madah pak aji...
kalau sakit reti plak nak makan ubat..
dah buat dosa tu reti-reti la bertaubat...

Contoh yang tak patut kita lihat


Apalah kebangangnya seekor makhluk ciptaan Allah ini..dah terang-terang memakai tudung adalah untuk menutup aurat..digayakan pula dengan mini-skirt.. (ingat comel sangat la tuuu...hampeeh..) manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan dikurniakan otak tanpa akal kepada haiwan..renung-renungkanlah...


=Pantun Pak Aji....
Pergi menangkap helang dengan Azlan
ingat-ingatlah pulang ke pangkal jalan

Fesyen remaja "SONGSANG"


Dek kerana terikut dengan budaya barat yang negatif dari bahan-bahan lucah yang bersepah -sepah di pasaran kini. Dari luar kelihatan sungguh sopan...tetapi dari dalamnya..astaga!!! Terjojol G-string kepunyaannya..kepada gadis-gadis di sana..jagalah adab sopan ketimuran yang kita warisi dari zaman ke zaman..

Madah Pak Aji..
yang terang lagikan bersuluh
yang tersorok orang duk suluh